Wednesday, 19 March 2014

Budak skola harus berhemah seperti pemandu di jalan raya.

Tadi kena ngorat ngan budak skola jasmin. Plss la dik, aku ni dah habis skola. Takkan la nak ngorat aku. Agak2 la kan. Aku rase budak tu sekitar form 2 3. Haa muda kan yang ngorat aku ni. Aku haus rase nak minum peppermint ice blended kat gerai tepi skola. So, aku decide la nak turun pergi beli. Perghh ramai budak skola yang berbaju skola. Aku ni berbaju tido sarung cardigan turun bawah selamber beli ice blended kat mak cik comel lagi baik tuww :p Budak skola pun pelik tengok aku -;- Tapi aku takde la segan sebab semua budak skola tu alahai kecik2 comel2 je. Budak sesi petang, so tak perlu segan hohoho.. Janji dapat beli ice blended tapi aku beli apple ice blended. Peppermint habis.

Berbalik citer yang adik nak ngorat aku tu. Okay aku rase lawak sangat. Sebab yela aku ni macam dah matang bukan macam budak skola lagi walaupun perangai serupa je macam budak skola. Hahahha. Aku duk tunggu acik tu buatkan ice blended aku. Budak tu duk pandang2 aku. pastu dia tanya apa tah.. Aku dah lupa. Aku tunjuk la muka pelik kat dia. Dalam hati " Budak ni dah kenapa". Pastu dia kata buat muka comel la tu. Haishhh. Aku rase nak lempang macam buaya je. Kau ni dik agak2 la kan. Aku takde mase nak tengok skill mengorat kau. Baik kau duk diam2. Gi skola blaja. Lulz. (Sampai macam tu skali geram grrrr..)
Pastu rajin sangat serve ice blended untuk aku. Lulz. Apa2 je la dik. Terima kasih banyak2. Hahhahahah..
Gi skola & blaja sungguh yaww dikk. Klu korang kena ngorat ngan budak skola, korang buat dekkk je pastu pandang budak tu. Kite pula rase kerek. Hahhaha

Yummy apple ice blended ~ ~

Huhu sekrang ni perasaan jiwa nerves nerves... Aku harap aku redha dengan ketentuaaNya. Aku boleh terima segala result SPM. Dan aku harap aku tak nages la kat skola macam mase wkatu PMR dulu. Huhuh.. Dan aku harap mak pak dapat terima result SPM aku. Amin. Aku berdoa aku dapat keputusan yang cemerlang berkat di sisi Allah. Aminn. Moga Dia redha. Moga bumi ini akan terus hidup.

Kudo kunn ~ ~
Kudo pun pesan keep calm tau walaupun skarang aku nebes. Luv you kudooo!!!





Tuesday, 4 March 2014

3 Sebab kenapa aku masih single

HAHHAHA

Okay ramai yang umur macam aku ni still berkapel la apa la kan. Bermakwes-pakwes bagai. Ada yang dah clash. Ada yang cinta kali ke-3. Ada yang still single sejak lahir. Lulz. Ada kot. Aku la. Kenapa? Kenapa? Aku sendiri tertanya kenapa aku still single. Kenapa aku takde pakwe. Oh where is my kekasih hati? Mane dia? Siapakah kekasih aku? Aku rase ramai gak orang macam aku ni. Nak kate takde orang nak. Rase ade kot. Hihi. (sorry ai perasan sikit buat kali pertama). Takkan kite ni takde kawan lelaki. Eh ada je tapi takdelah rapat bagai nak rak. Kite kawan dengan gegurls je. Kihkih.

Mesti kite akan tertanya2 dengan soklan yang mengarut macam ni. Eh mengarut ke soklan ni? Bukan ini adalah fitrah okay. Fitrah manusia yang ingin kan cinta, in love gitu. Tapi macam takde je kan. Lulz. Macam aku ni rase macam takde je pakwe. Sejujurnya ai ngaku ai tak pernah bercinta sejak dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Kawan lelaki untuk teman bercakap tu ade la. Kawan kelas gitu.

3 Sebab kenapa aku masih single.

1) Mungkin aku tak nak ada masalah gangguan jiwa dan perasaan.
Well, klu kite dah bercinta. Mesti jiwa tu berbunga-bunga. Mesti perasaan in love sentiase ada setiap mase. Lulz. Pengsan aku macam ni. Mesti kite akan sentiase ingat dia. Cehh nak muntah lak.. Hahhaha (gurau). Pastu bile kite berjauhan, mesti perasaan rindu tu pun ada. Awww.. Inilah dikatakan gangguan jiwa dan perasaan bagi pendapat aku la. Dan klu aku ada berperasaan begini mesti makan tak lalu, mandi pun malas. Sentiase pikirkan dia. Pastu senyum sorang2 macem orang angau. 

2) Mungkin aku ni terlau memilih.
Yes, definately aku akan memilih. Tipu klu kau tak memilih ciri2 lelaki yang kau nak. Tapi takdelah aku nak pilih perfect 100% gitu. Memang takkan wujud citernya kan. Sebagai perempuan yang menggunakan akalnya dengan baik, kite mesti ada ciri2 lelaki idaman yang kite nak. Aku berdoa agar aku dapat lelaki idaman aku. Ecehhh.. Bunyinya seperti perempuan gatal lak aku ni. Kihkih. Biarlah aku nak berangan. Berangan ni free je tak perlu bayar.

3) Mungkin hati aku ni dah tersangkut pada seseorang.
Jeng jeng gempak tak tittlenya. Aah sebenarnya aku ada minat seorang mamat ni. Kihkih. Tapi camne eh nak kata, aku ngan dia kawan je kot. Tapi aku minat dia. Nak buat camne hati dah suka. Sebab tu aku tak pandang lelaki lain (Persoalannya, ada ke lelaki lain pandang aku? Hahha). Tapi dia tak tau pun aku suka kat dia lulz. Apa2 je la kan. Janji hati aku suci daripada perasaan2 yang lelebih gitu.


Okay sebab2 yang dinyatakan hanyalah 'mungkin'. Dan pastinya, sebab kenapa aku masih single, aku pun tak pasti kenapa. Mungkin inilah takdir dariNya. He knows the best of His slaves then.


Okay, tatata

Nah sedikit gambar lawak di bawah ini. Lulz..





5 Perkara yang boleh kite buat di Internet.

Salamualaik kawan2.

 Perkara yang  boleh buat di Internet.

1) Baca blog orang yang femes. (Femes blogger)
K yang ni aku slalu gak buat kalau dah bosan. Aku bukak blog akak2 yang femes, then aku bace. Dan disitu kita akan ketahui aktiviti perkembangan diorang. Aku suka bace blog FL. Blogger ni femes tau. Name dia femes. Name dia macam name aku sikit. Kihkih. Selain tu, boleh gak bukak blog abong2 sador. Tapi aku biase buak blog ore pompuan je. Sebab lelaki ni aku tak nampak sangat sape yang femes jadi blogger lelaki. Lulz. Hahaha any rekeman untuk blogger lelaki? Sebab biase gegurl je yang minat berblogging ni.

2) Main candy crush sampai lebam .
Ramai orang tengok aku ni aku ni macam anti social. What d hell? Motip kau nak nilai orang. Hahaha. Sebab aku ni memang tak aktif FB, twitter, insta and whatever laman social yang wujud kat dunia ni. Dalam setahun mungkin sekali je kot aku update status kat FB. Lulz. Mungkin takde. Ntah aku pun tak tau knapa aku tak aktif dengan benda alah ni. Aku bukak FB, aku hanya akan bukak candy crush kesukaan ramai. Percaya atau tidak aku dah LEVEL 410. Tepuk tangan sikit. Pro sikit la main game ni. Kaceng goreng. Cehh.. Nak berlagak mintak penampar dari jauh la.

Yeahh jom reramai main.

3) Tengok drama, movie online.
Memang tak dinafikan sejak hormon pembesaran aku ni berubah, perasaan nak tengok drama cintan cintun memang ada. Lulz. Aku dulu mase kecik2 memang jarang tengok drama melayu. Macam sekarang drama melayu dah terlampau banyak daripada adaptasi novel. Memandangkan aku ni suka gak la bace novel melayu dan kadang2 tiada kesempatan nak tengok drama melayu kat TV macam Ariana Rose, Bukan Kerana Aku Tak Cinta. So, aku tengok la online. Dekat link dfm2u terbaik. Selain tu kadang2 aku tengok drama jepun. Yeah aku suka tengok drama jepun. Macam Detective Conan live series. Perghh memang terbaik kot. Lagi satu, Buzzer Beat (drama jepun) memang aku suka tengok. Ada lagi tak drama jepun yang best macam ni? Nak tengok lagi..

Abang Jebat memang sentiase macho gitu.
Inilah heroin Ariana Rose.

4) Bace Blog politik @ Like pages' FB punya politik then ketahui perkembangan politik.
Eh tak tak aku takde la minat politik lulz. Aku just tau sikit2 je. Orang politik yang aku paling suka adalah YB Nurul Izzah. Hhahah aku tak tau kenapa aku minat dia. Mungkin cara pembawakan watak YB Izzah ni sangat menarik. Cara dia bercakap. Dia punya speech memang owsem. Dari segi pemakaian dia ni pun memang owsem. Aku perhati YB Izzah ni suka pakai baju kurung and tudung bawal. Orangnya pun tengok gayanya macam very the humble person. Kihkih.  Okay sila like FB page beliau. Siap promote lagi. Satu je aku nak kata, orang muda macam kita ni kena la tahu gak selok belok pasal politik. Sebab politik ni melibatkan kerajaan dan rakyat. So tu je la aku nak kata. Klu aku kata panjang2 takut aku tak paham korang pun tak paham. Wakkaka...

Macam mane dia pakai tudung bawal gaya ni? Still wonders. Lulz..


5) Tonton speech @ ceramah di youtube dan subscribe mereka.
Dunia pun kita tak tau bile nak kiamat. Maksud aku disini tak kisah la bile dunia tu nak kiamat ke tak kiamat ke. Kita sebagai manusia biarlah menjadi orang yang ada agama. Buka nama je ada agama tapi kurang ilmu di dada. Aku tak la alim sangat dan tak la jahat sangat. Aku pun manusia biase. Kerap juga buat dosa sebab aku pun pendosa. Aku biase je macam manusia lain yang normal. Kadang2 klu aku dah tak tau nak buat apa kat internet ni or kadang terbuka hati nak dengan ceramah @ speech dari orang yang beragama. Aku suka subscribe channel THE DAILY REMINDER. Channel ni biase dia edit video dari penceramah seperti Mufti Menk, Nouman Ali Khan and banyak lagi. Diorang punya speech dalam Inggeris. Tapi kat video tu dah ada subtittle english. So no worries. Suka dengar speech mereka ni. Dan aku suka Boona Mohammed. Dia ni poetry. Dia punya poems. SubhanAllah. So, sila la subscribe channel yang memberi manafaat serta pahala yang lebih. Hihi

Sila subscribe channel mereka.

Sumber gambar dari ehsan Mr. Google. Thank you very muchoooo.

Btw, today is my friend birthday. I would like to wish you  Happy birthday kawan, and may Allah bless you.




Sunday, 2 March 2014

Menjinak Ombak yang luar biasa macam tajuknya




Episod menjinak ombak dah habis! Semalam last episod memang tengok dengan penuh kegeraman. Aku geram tengok ustaz tu! Hish name je ustaz tapi sesat agaknya. Sebab ustaz ni bunuh orang je. Seramm kot. Nasib Sakinah tak jadi kawin ngan ustaz ni. Hahaha.. Tapi sedih la kawan baik Sakinah dari kecik tu dah mati. Kau bayangkan kau kawan kau dari kecik dah mati. Kena bunuh pulak tu. Tragis citernya. Feeling lebih pulak tengok drama ni. Aah syok gak tengok citer camnie. Takde banyak babak2 sweet. Aku kan geli tengok babak sweet2 klu dengan mak pak. Hahahah.. Segan kan.

Mati2 aku ingat ustaz ni akan kahwin ngan Sakinah. Sebab dalam citer ni ustaz ni watak utama. Klu tulis senarai pelakon, name ustaz ni yang kat atas sekali. Tu aku ingat ustaz ni watak utama. Biasenya watak utama akan berkahwin dengan heroin. Hohoho...

Sakinah & Ustaz.


And to pelakon heroin, aku suka tengok dia berlakon. Dah la cantik. Suara ayu je. Klu kena marah tu comel je. Lagi2 pakai tudung. Dia pelakon baru tu aku suka tengok. Aku harap dia berlakon lagi citer2 camtu tapi bawa image tudung la. Kan comel je kan kan..

Pastu ending citer ni last2 dia kawin dengan penculik yang curi dia. Hahahah.. Memang comel citer macam nie. Nasib penculik tu baik hati. Eh penculik tu memang baik pun. Dia culik Sakinah sebab muke dia same ngan makwe dia yang dah mati sebab abang dia bunuh. Abang dia tu pak ustaz la ( Tak sangke jalan citernya macam nie, but not bad la). Penculik tu name Firhad. Firhad ni pun boleh tahan macho. So the ending was owsemm mannn!! Sape tak tengok boleh tengok online kat internet ni. Yehoo aku harap ada lagi jalan citer drama melayu yang gempak2.

Firhad & Sakinah.

Sumber gambar dari ehsan Mr Google. Kihkih..