Thursday, 10 October 2013

Semacam hari ni

Pagi tadi tangan kiri rasa lenguh-lenguh. First time aku rase lenguh kat tangan. Biasanya rasa lenguh kat kaki ye dokk. Sebab kaki kita guna untuk berlari bile time sukan. Memang sakit giler ahhh lenguh kat tangan. Sampai nak gerak pun tak boleh. Aku tak tau apa masalahnya. Bangun-bangun je rase sakit. Mungkin aku salah tido. Tido lasak sangat sampai urat terbelit. Hahaha. Agaknya orang tua lenguh-lenguh macam ni kan. Serius sakit.

Pastu pagi tadi dah la aku datang lewat. Pukul 7.28 pagi baru sampai skola. Tapi aku memang dah biase 7.20 camtu aku datang. Tapi hari ni lewat sikit. Tak tau knapa.Pastu tetibe je kena denda duduk tepi perhimpunan. Selalu cikgu tak kisah pun. Sebab ramai jugak la datang lewat. Lol. Termasuk aku. Sebab tetibe je aku nak masuk perhimpunan aku orang first kena tahan kat tepi perhimpunan. Pastu lepas aku kena tahan orang lain yang baru datang pun kena tahan. Klu aku berlari dari rumah, takdanya aku kena denda bagai kan. So, esok aku datang la awal sikit kan.

First waktu aku dah rase lenguh-lenguh pastu sakit kat tangan. Aku buat la urutan sikit kat lengan kiri aku. Tetibe rasa kurang lenguh. Then aku urut je lengan aku sampai rase tak sakit. Urut ni memang berkesan. Aku belasah je urut. Memang aku rase sakit time urut, sebab aku urut kuat-kuat. Biase memang camtu kan, mana ada orang urut tak rase, mesti rasa sakit pastu lame-lame tak la. Fuh, pastu rase lega dan happy je bile tak rase lenguh lagi. Kalau lenguh tangan kiri aku memang tangan kiri aku tak gerak langsung. Sebab gerak sikit dah rase sakit. Ni sekarang dah boleh gerak sikit. Alhamdulillah.

Pastu Humaira tak datang tadi, sedih tetibe rase sunyi gitu. Naseb ada Nad yang gojes lagi rock. Hehe.. Rehat same2 ngan dia tadi dgn Sila. Jyeahh.. God creates people for us to communicate and love each others. I have adorable friends. Thanks Allah give me good friends as a valuable gift for me. May Allah bless all of us.

And one thing, Whatever what we want to do. We must start with the caliph of Allah. Bismillah.
In the name of Allah, The most gracious and merciful.


Saturday, 5 October 2013

Pesan cikgu

Things happen so fast. Ya Rabb, I hope i can do well for spm. As i wish, i want to achieve good greds just like abewe punya total A. Kalau tak pun, janji dah usaha. He knows the best for His slaves. May Allah bless. Amin.

Work hard, pray hard.
Still counting the days.
Another 30 days to go.
Take a deep breathe.
May Allah bless all of us.

Cikgu  pernah kata.
"Orang yg berjaya tu bukan doktor bukan peguam, tapi orang yang tahu menguruskan masa dengan baik. dan menjadi orang yang berguna."

pastu cikgu chem kata cemni
"Nak jadi pandai, biar pandai betul2, jangan main2"

Tulah betul kata cikgu. Klu chem tinggal satu perkataan je dah tak dapat marks, stress betul. Sedih cemni.. *tetibe je*

Friday, 4 October 2013

Thoughts 01

Teacher,
why do you not prefer us to wear uniform school during our graduation day.
Uniform school is the best after baju kurung.
We are not a uni's student yet, teacher.
Thats why i prefer uniform school !!

We are still young and not uni's student.
Owh god, why its still happen.
So, i decide to wear baju kurung but its not baju raya :p
Malay girls will look so lovely when wear baju kurung.

Just like so-sopan-girl, Lol.

Ehem3. May Allah bless !

Thursday, 3 October 2013

32 hari je lagi.

Alhamdulillah, trial spm is okay je.
As a science student, aku takde failed,
Dan jugak ada A, as aku target.
Whoaa semangat nak spm, eceh..

Sekarang tengah buat trial sbp kimia.
dan salin tajuk ramalan spm kat internet ni.
Kehh, haruslah buat ramalan.
Nak study semua memang tak sempat.

Apa startegi aku untuk SPM kali ini?
Buat masa sekarang, kita kena buat seseuatu.
Masa makin singkat, hasil biarlah banyak dan berbaloi2 gitu.

First, study group with the sina's mates. Terutama yang ajar ala2 cikgu tu. I loike beb..
Second, buat ramalan tajuk apa yang bakal keluar.
Do SBP soalan, sebab yang buat soalan SBP tu penggubal soalan SPM, tak gitu..
Dan mesti buat banyak latihan dan baca tajuk yang tak paham.. 
Sebelum blaja, baca doa. Moga Tuhan buka pintu hati kita untuk terima ilmuNya buat kita.
Niat biar ikhlas. Usaha biar ikhlas. Biar semangat. Kelak insyaAllah berjaya.
Sekurang2nya kita dah usaha. Dan kita tak akan menyesal apa yang telah kita buat untuk diri kita.

Sekian.

Work hard and pray hard!!

Adios, kawe ada date dengan budak2 study group. Wish me luck. Thank you for the advance doa! ihik.


Friday, 6 September 2013

Perempuan

Aku suka perempuan berjiwa kental. Perempuan ni sifat dia lain dari lelaki tau! Klu perempuan banyak cakap, lelaki tak. Perempuan cakap 10 patah perkataan. Lelaki cakap 2 perkataan je.

See. Berbezakan.

Kalau aku cakap 5 patah perkataan je. So, aku terdiri dari golongan yang sederhana. Golongan yang sederhana ni ramai. Tapi sifat perempuan memang macam ni, banyak cakap. Sebab tu perempuan suka bergosip dengan mak Joyah. Lol.

Lelaki tak, dia lain.. Hehehe.. Perempuan ni speacial tau..!

Sebab tu aku diciptakan sebagai seorang perempuan. Syukurlah..

Thursday, 5 September 2013

Failed macam mana tu

Tamatnya exam addmath
aku mengeluh susah
Masing-masing muka ketat termasuk aku
Memang nak menangis jawab addmath tadi

Balik rumah menangis
Apa lah susah sangat
Nak kata tak study balik
Tu memang la aku punya salah
Mana pernah study habis klu pernah pun aku lupa

Tapi sedihhhh
Sedih sebab susah ke atau sedih sebab tak blaja betul-betul
Itulah puncanya susah
Sebab tu kau susah nak maju
Even kawan kau pun satu hari nanti akan maju
Dan aku bila lagi?

Aku tak nak failed

Definasi failed tu sebab apa. Adakah aku perlu mengadap buku 24jam baru aku tak kan failed? Ya mungkin kena buat macam tu. Klu tak nak failed. Dan kau kena ingat Dia. Dia yang satu. Solat jaga. Hubungan dengan Dia itu penting. Mungkin aku ni kurang hubungan dengan Dia. Semakin hari hanyut dengan dunia ini.

Bukan kurang apa, cuma extra itu memang kosong. Banyak dosa.
Itulah susah nak maju.
Mungkin sekali.

Takdir boleh ubah kalau kita usaha.
dan atas izin-Nya.




update: ingat addmath nak failed, tapi naseb baik lulus, Lol. 

                        1022021013




walaupun rebah usaha lagi

Aku tak tahu apa nak jadi kat dunia ni..
Aku keliru
Ya sentiasa

Aku takut untuk kegagalan
Tapi aku dah biasa gagal
rebah itu selalu ada

Kita rebah
bangkit semula
walaupun gagal itu pasti muncul

......................................................................


Tapi setakat mana aku usaha
Tak usah bicara pasal kejayaan
Kalau usaha sekadar main-main