Tuesday, 28 January 2014

Post bile ni?

HAHA this is not funny beb. Bila dah depan keybord. Depan computer. Kaku pulak nak tulis apa. Minda pun kaku. Tapi jasad belum kaku. Dan sekarang aku macam blur sekejap. Arghhh. Aku tak tau apa nak jadi dengan hidup aku. Aku penat la nak mengeluh. Penat nak menambah dosa. Keluh kalau membuahkan hasil takpe gak. Ni keluh takde apa2. Nothing effect. Cuma jiwa ni tak berape nak tenang. Arghh aku benci bercakap pasal perasaan ni. Aku benci semua tu.

Ok dah bye..


Tajuk dia perghhh.. Bhahahha..


#Post lame baru nampak.. So aku post je la. Sebenarnya ayat tergantung tu. Tak habis kata. So post je la lulz.

Wednesday, 22 January 2014

#1 manusia

Kadang manusia ni, 
dia bukan tak faham 
cuma kurang menghayati 
lebih dalam dan spesifik lagi.



Tuesday, 7 January 2014

Kerja Kerja

Alhamdullilah dah dapat kerja. Hihi. Takdelah menganggur duk rumah tanpa membuat apa2. Kerja kat lBillion je bahagaian pakaian Orlando. Jenama tu mahal beb! Pikir 10 kali nak beli pun tak lepas kot... Kehh..

Aku ajak Syda, Umi kerja jugak kat situ. Aku harap sangat diorang dapat. Syda dah dapat. Huhu betapa seronoknya aku. Sebab aku ada geng nanti. Takdelah terconggok memikirkan dengan sape la aku nak bergaul kat sini? Nanti rehat pun ada geng yehooo! Dan Umi belom minta lagi. Aku doakan dia dapat. At least dapat kerja kan daripada tak dapat. At least gaji kecik tapi kita dah experience semua ni. At least kita dapat duit gaji kita atas usaha kita bukan orang lain. So bekerjalah. Kehhh.

Huh tak sabar esok!!!! dan hari2 seterusnya. Berharap agar esok dan akan datang berjalan dengan lancar atas apa yang telah kita lakukan untuk hari ini dan saat ini. Moga kita kuat untuk menghadapi hari remaja kita dengan perubahan mendadak apa yang bakal berlaku. Kerana zaman remaja kita merupakan pemisah antara zaman kanak- kanak riang dengan zaman alam dewasa yang mungkin penuh dengan pancaroba yang harus kita lalui. Siapa tahu?

Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui apa yang HambaNya perlukan.
Jadi Tuhan kuatkanlah hati kami.
Kami perlukan petunjukMu hingga akhir hayat.
Hingga ke Jannah.
Melangkah dengan kaki kanan.
Menjadi golongan kanan dunia akhirat.

Panjatkan doa buatMu. Hari ni ku masuk kerja kul 6.30 petang. Moga aku tenang bekerja dan sentiasa menyebut kalimahMu dengan setiap helaian nafasku. InsyaAllah Dia permudahkan jalan kita.

Kita kena yakin dengan perjalanan takdir kita

Moga apa yang aku buat ini halal dan diberkati.


I love Backstreet Boys' band. They are legand.
 The music so touch deep in my heart. 
The way of lyrics make me wonder?
.


Friday, 3 January 2014

Selamat Tahun Baru.

Lulz. Blog aku ni bosan dan tidak ceria serta pudar je bagai perasaan ku ketika ini. Macam hidup aku skarang. Mendatar je. Lulz. Al-maklumslah baru habis SPM dan sedang menunggu keputusan SPM. So, bangun pagi, solat subuh, baring-baring, golek-golek kat TV. Tido jap. Bangun balik. Oh noo nak dekat tengah hari. Cecepat amik kain kotor, baru nak masuk mesin basuh. Pastu, golek-golek lagi depan laptop. Main game. Lulz. Sidai baju. Kemas sikit-sikit kat rumah. Konon rajin. Padahal aku ni seorang pemalas mengikut kajian parents ai. Lulz. Memang pun. Ataupun, ajak kawans lepak-ing
[panjat bukit broga-berbasikal-jalan2 gi Kajang etc, dan apa2 je la]

Hari tu aku minta kerja. Aku dah dapat. Aku ingat aku nak pergi la kan. Tapi mak aku kata takpayah. Lulz. Padahal mak aku yang suh kerja ni cakap tak payah. So aku tak tau nak cari kerja apa. Lulz. Sebab kelayakan aku ni yang banyak ada jaga kedai tokey je lah. Dan dan ni sedang tanam anggur. Dan tak membuah langsung. Lulz. Gue bole gile macam ni. Bak kata whatsapp's group gue, watliver!!

And i just okay maa. oke deh.

Happy NewYear. Surprise 2014. Terkejut deh tup tup dah masuk 2014 dan kite sweet 18 sangat. Lulz. Bufday gue lambat lagi. Moga kite berubah dan perubahan kite ni dapat menyedarkan orang disekeliling kite untuk ke arah kebaikan for duniya wal akhirah...



The Cave lyric =)

I got this song from Evelyn Rose aka Kak Iman kite. Lagu ni bestt!! Aku suka usha insta, page FB, blog dia. Lulz. Dah macam peminat tegar. Cume minat karya-karyanya yang banyak ilmu yang dapat dikutip. Alhamdulillah! May Allah bless Kak Iman.






Wednesday, 11 December 2013

Esok, tunggu kami datang!

So what should i think just right now? I guess that i dont have any point of view. When infront of this keyboard my mind just blackout. But not so really macam PRU yang blackout.. Eh eh no politics here. Hahahah.. Acah2 je.

Esok selangor cuti. Aku tak pasti cuti apa. And tomorrow tarikh sangat cantik! Alhamdulillah diberi kesempatan untuk aku hidup lagi 111213. Cantikkan. Just perfect. Klu nak cantik lagi tambah la masa pulak. Contoh macam ni 0910111213. Oh yeh! atau 1112131415 iaitu pada two past fifteen. Perfect jugak. Tapi benda ni untuk suka2. Kehkeh..

Susah nak dapat tarikh cantik2 cemni. Waktu cemni kena menikmati. Tapi esok tarikh je cantik tapi hari biase je macam hari2 yang kita lalui. Esok nok outing ngan kengkawans. Kehh. Aktiviti tanpa menggunakan duit iaitu panjat bukit broga n mandi sungai. Wajib terharu dua aktiviti dalam satu hari.

Aku nak wish esok harap cuaca baik dan happy!
Awan mesti biru putih.
Rumput mesti hijau.
Tanah mesti senang untuk dipijak.
Batu mesti keras.
Nasi lemak mesti ada.
Sandwich mesti buat.
Syah mesti ada untuk drive.
Hajar, Umi, Syaida mesti ada.
Aku mesti ada.
Hee.
InsyaAllah, dengan izin Allah. Maka, Kunfayakun!

Thursday, 28 November 2013

After SPM, life is like lifeless?

Lepas habis spm ni, aku rasa maca lifeless je. Lepas ni tak pegi skola.. SPM hari tu boleh la dikatakan susah terutama fizik, addmath, kimia, bio. Semua subjek ni bukanlah sehati sejiwa dengan aku. Aku bukan  tak minat cuma macam, errr.. Macam tu la. Tak tau nak kata apa. Walaupun lebur sekali pun aku jawab masa tu. Aku pasrah dengan keputusan SPM aku. Jangan terkejut dulu PMR aku bagus.. Tapi SPM.. Tak tau lagi, so takleh nak citer.

So now, i miss my school, friends, ex-friends, dak dak asrama.. Whoa! Sekarang ni tunggu diorang balik je ni. Pastu nak kluar dengan diorang. Yeayyyy! Tak sabar gitu. Sekarang ni semua aktiviti yang takde paedah aku buat. Bhahhaha.. Biase la spm dah habis. Orang kata merdeka la sangat. Tapi hati aku ni sape je tau. Dah bergunung-gunung kesedihannya. Chill la beb. Life always like this. Because you always like this. So life is like this la. Not like that. Or I want to say whatever, but i care a lot. Lol.

So life after spm..
Sila senaraikan aktiviti yang nak buat!
Outing ngan kawan bukan bopren. Gua takde bopren sejak gua lahir lagi.
Bace novel!! Hahahaha. Pengaruh sekeliling tetibe jadi minat. Terutama Penulis Evelyn Rose, Rehan Makhtar.
Nak kerja? Macam takde keyakinan nak kerja. Tak tau nak kerja apa lol. Tapi kat econsave, Mak Wan ada offer kerja.. Hihi.. Tolong Mak Wan kat kedai jahit. Macam best je.
Lesen motor? Lagi la macam err malas je. Takde duit dehhh. Lesen kereta? -,-' Lagi laa. Aku macam malas nak bawa kereta. Tapi aku memang tabik la kawan-kawan yang berlesan lepas SPM. Hehe.
Selain tu aktiviti apa lagi best? Duk umah je kot.

Life to the fullest not lifeless.

Saturday, 16 November 2013

Hello blog

Memang ini jalan takdir ku. Aku harus akur dan terima. Itulah takdirnyaa.. Owhoooho

Jujurlah sayang aku apa adanya. Kerana ku terpaksa aku terima. Lalalala..

Memang sangat best lagu ini. Liriknya aku hentam saje. Kerana aku tak brape nak paham. Lalallaa

Jujurlah sayangg. Whoaa

*okay habis dah lagu jiwang ni*

Sekarang ni memang duk layan lagu jiwang tahap karat. Tak tau la kenapa ngan aku ni. Nak kata ada pakwe, memang takde la citernya. Nak kata perubahan hormon dalam badan, memang ya la kot citernya. Nak kata sepi sesepi alam kubur, whoa! Lagi takde  maknanya. Seram ada la. Lallala. Nak kata suka merapu, memang aku ni jenis macam ni. Nak kata aku ni takde social life. Mungkin half je kot or maybe so least. Im just happy whatever exist in my life. Just go with the flow. You is you. And I is I. You and I are different. Different level. But weolls are the same actually. Bhahhaha. Ayat nak belit je..

So today i just want to discuss about my thoughts. Okay dulu lain, sekarang lain. Dulu banyak idea nak tulis, nak merapu, nak berkata-kata. Sekarang ni kosong sekosong air dalam gelas. Dulu aku ada blog kat xanga. Selalu gak la tulis pasal hidup ni. Pembacanya aku je. Sebab xanga's blog mana nak femes uolls. Lol. Tapi blog kat  xanga tu tetibe hilang macam tu. Time aku nak log in je. Dia suruh upgrade xanga tu. Kena buat beberape process. Leceh la. Masalahnya aku tak reti nak upgrade. Terus tak bukak T_T. Sedihnya. Tapi nak buat camne kannn. Takpe la. Aku dah boikot xanga tu. Padahal dah lame tak bukak. Sebab takleh nak log in. Macam kena sekatan gitu. Padahal padahal, Ok la itu je citernya.

Marilah same-same kita mendengar lagu jiwang ni walaupun kite ni tak brape nak jiwang. Lalalla