Friday, 28 February 2014

Resepi tempe goreng berempah

"Huh selamat!!" sambil pandang budak sekolah bonceng motor dengan kawannya.
Aku tersenyum sinis. 
Kau tau tak dik kalau tak aku dah kena langgar dengan kau. Nasib budak sekolah. Klu orang tua mau aku kena maki. Yela sebab aku takde lesen.. Takpe2 dik janji kita selamat.. 

Mase tu kat simpang jalan rumah aku. Aku tunggang motor perlahan je sebab ada kereta Avanza merah tengah buat U turn ke apa. Sekali lepas Avanza merah ni dah buat U turn. Datang satu motor bawa laju. Aku nak belok masuk simpang aku dengan rileknya. Yang motor budak sekolah tu nak terus. Naseb dia sempat tekan breakk.. Huh.. Aku tak tau sape salah. Macam aku salah. Macam budak sekolah tu pun salah. Dua2 kot salah. Kawasan rumah mane bole bawa laju2 kann.. Lulz.. Nak syok sendiri bawa motor bole tapi tengok la orang.Huhh, sabar deh...

So next time ai should berhati2 sebab we do not know what happens next, always remeber Him. Istighfar banyak2. Hehe

Yeahh aku pepagi dah naik motor kan.. Mak kirim barang suruh beli ketumbar dengan cili api. Ketumbar tu nak buat masak tempe berempah. Pergghh sedap gilos tau. My fav food gituu (betul2 jawa, tapi aku suka tempe berempah je selain dari masakan tempe lain aku tak suka!) Cili api tu nak buat sambal kicap.. Hari ni Mak masak ikan goreng, kerang masak apa tah tapi berkuah, sambal kicap dan tempe goreng berempah..
Yang paling aku suka tempe goreng berempah. Pagi2 lagi dah duduk dapur sebab Mak aku keja kul 10 pagi. 

Tempe goreng berempah

Bahan2:
Tempe 4 peket  potong kiub 
Ketumbar sepeket (50sen)
Bawang merah sebiji (sederhana besar)
Bawang putih sebiji dua biji (suka ati korang la pandai2 sukat)
Ikan bilis dalam 15 ketul

Bahan2 ni sukatannya aku agak2 tapi lebih kurang macam tu la. Sebab aku perhati je mak aku masak.. Hahahha.. Tolong2 sikit je.Sebelum tu kite kena goreng tempe yang dah potong kiub2. Pastu, ketumbar, bawang merah, bawang putih, ikan bilis kena blend sekali. Lepas bahan yang dah blend tadi tu masuk dalam kuali yang ada minyak. Then, goreng la sekali dengan tempe yang telah digoreng. Gaul2 dalam kuali dah siap!!.. Delicious jawa pluss masakan india.. Orang india kan suka masakan berempah. So jadi la masakan jawa india. Hahaha (gurau je lulz)


--okay dah habis citer resepi--

So, sebagai gadis yang sweet 18 sangat (puji ke kutuk diri ni, hahaha).
Kau rajin ke kau malas ke kau tetap kena duduk dapur. Kalau malas nak duduk dapur sekali pun.
At least, kemas rumah ni, sapu mop lipat kain. (Cehh, sebenarnya aku tengah bagi ceramah untuk diri aku, biase la aku ni kan klu pemalas memang malas benor, klu rajin memang terlebih.. Kahkah). Kemas dapur, Mak dah masakkan. haa kemas dapur!! Okay2 cukup moga diri ni rajin dan lebih lebih rajin.


Tuesday, 18 February 2014

Do License

Whichever path we may take,
the rewards we reap greatly depend on own readiness
to face unexpected challenges and harness
the oopurtunities that came our way.

Today i wake up early in the morning. I dont go for work anymore. Just chilling at my home. Doing some housework or whatever can benefit to me. Lulz. Kinda boring actually. But nevermind as long as i am happy for my life. I quit my job because i want to take my license class. To have a license, we need money. Its not free. I was like why this license is soooo expensive. Like duo-license its cost RM 1000 something. I just want take motorcycle license. Because i like ride motorcycle only :p I am scared to drive car or whatever vehicles except motorcycle. Hahahhahah..  Im not joke okay. Its a reality for me. Maybe when i grown up a little bit, then i will do that license.

So, just focus what we gonna do.
Dont care what people talk about you.
Just take easily what people say.
Its good when you do like this.

I just know ride my motorcycle. But sometimes, i ride with my friends which is heavier than me. But i can do it you know. Wayyy coolerrr than you know. Hahha. Lulz

I wish i past my license as soon as possibe. So, i can chill out..

So, i pratice my eng. lesson for today. Bahasa is my mother tongue actually. But its fun to speak english and write in english. Sorry for my terrible grammar. Lulz. Its just comman mistakes like people always do. Lulz.

Monday, 17 February 2014

Doakan saudara seislam di sana.

Pernah tak kita terfikir, yang kita perlu tahu sesuatu? Sesuatu yang terjadi di dunia ini? Tentang saudara seislam kita di sana? Palestin? Syria?

Aku curious nak tahu semua tu! Tapi aku tak tau nak dapat maklumat dari mane. Cume kadang2 ada orang post kat FB. Baru aku tahu. Owh macam tu. Owh macam ni. Kat Tv pun kadang2. Dengar khabar dari orang and etc. Sedih. Geram. Marah. Semua ada. Apa yang mampu kita buat hanyalah berdoa.


Tangisan yarmuk <--sila klik, tQ.

Israel ni memang kejam kan. Ke zionis? Apa bezanya. Yang pasti aku tau mereka jahat. Jahat dengan manusia. Kita sesame manusia ada hak untuk terus hidup aman. Buat apa nak porak perandakan dunia ni. Kau dapat apa? Kepuasan? Hati kau tenang ke buat semua kerja ni? Apa lagi yang mereka tidak puas hati. Hak asasi manusia untuk terus hidup aman. Makanan tempat tinggal tu semua asas. Tak sanggup kadang2 tengok saudara kita lapar sehingga mati kelaparan. Aku sedih dan simpati dengan orang Islam di Palestin dan Syria. Mereka saudara kita!

Aku betul2 tak paham dengan manusia yang lebih jahat dari syaitan? Mungkin..
Baru2 ni Ariel Sharon meninggal. Kenal tak? Manusia kejam. Bunuh saudara islam ramai terutamanya kanak2. Kenapa dia jadi macam tu? Mane pergi hati dia? Otak akal tak digunakan dengan betul ke?

Bile dia mati aku rase bersyukur. Bole kan. Tak salah aku rase macam ni. Takkan aku rase sedih dan bersimpati. Setelah apa yang dia lakukan. Wajarkah kita sedih dengan kepergiann dia? Jawapannya tidak wajar sama sekali. Allah dah balas dia di dunia. Dia koma bertahun-tahun. Nanti dia akhirat. Wallahualam.

Kita hanya mampu berdoa hari ini dan seterusnya. Kerana senjata umat islam adalah doa.
Aku yakin saudara islam di sana hatinya lebih tabah lebih cekal lebih berani lebih kuat untuk menghadapi ujian di sana. Allah lebih maha mengetahui. Percayalah.

p/s: Tetibe aku rase sedih bile aku teringat semua ni.


Friday, 14 February 2014

Sayangku Casper by Mazni Aznita

Hari ni nak review novel. Aku memang suka bace novel klu aku dah bosan sangat. Novel Sayangku Casper ni aku pinjam dari kawan aku. Hihi. Mekasih bagi pinjam yaw!! Terharu ni. Sebab hari tu kebetulan gi rumah dia. Kitorang nak jalan-jalan hari tu kat MP (Metro Point) dengan pekan Kajang ( Cehh ayat nak baku je, pekan sangat). Kihkih. Novel ni dia yang suggest. Mula aku nak pinjam novel apa tah dah lupa tajuk, penulisnya Tinta Biru rasanya. Tapi novel tu belum balut. Aku takut nak pinjam. Takut nanti aku pinjam hancur novel orang kan. So novel SC ni dah balut. Aku tanya mane lagi best. Dia kata SC ni pun best. Pastu berlatarkan Paris. Whoaa aku dah teruja. Kkk aku pinjam la novel ni.

SINOPSIS NOVEL


Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.




SAYANGKU CASPER


PENDAPAT AKU


Secara jujur aku cakap dari lubuk hati aku ni, novel ni memang best selepas Evelyn Rose. Jalan citernya sangat menarik berlatarkan tempat Paris. Menarik!!  Tia Adila ni seorang gadis yang tabah dan berani. Comel je Tia ni sebenarnya. Dia ni kaya tapi hidup macam orang gaji. Sebab dia duduk dengan mak tirinya. Mak dia dah meninggal lama (Macam Cinderella, Hihi). So, dia dah biasa menjalani kehidupan seperti seorang gadis biasa. Walaupun ayahnya seringkali ada mesyuarat di luar negara. Tia ni wataknya macam bersahaja. So, hadirlah seorang jejaka bernama Tengku Rafique yang sedang menjejaki cucu neneknya yang dah lama tidak bersua setelah berbelas-belas tahun. Tengku Rafique ni sanggup buat apa sahaja demi neneknya walaupun dia hanyalah nenek angkat. Hidup Tengku Rafique ni pun agak sedih tapi dia bahagia dengan hidupnya sehingga dia bertemu dengan Tia Adila.


Banyak lagi kisah misteri dalam citer ni yang kita tak tau tentang Tia dan Raf.


Bile aku bace novel ni. Aku macam terkejut. Tapi itulah realitinya bile aku bace novel. Macam diluar jangkaan apa yang akan berlaku selepas ni. Superb best la citer ni.


Kihkih aku ni terlebih citer pulak. Tapi ni bukan full la aku citer. Hanya suku je kot. So aku suggest beli novel ni kepada sesiapa yang teringin sangat nak baca novel tapi tak tau novel apa yang best. Macam aku la nak bace novel tapi tak tau novel apa yang best. Ni pun kawan aku yang suggest. Thenkiu my dear friend! Hihi.


Tia dengan Raf. Forever sweet. Walaupun citer novel. Tapi Tia dengan Raf ni seolah2 wujud dekat bumi ni. Aku dapat bayangkan. Lulz.


Aku bagi 4 out of 5 stars.


Syabas penulis, teruskan berkarya!!





Ni haa lagu italian. Ti amo Ti amo. Tu je la aku faham. Lagu ni tentang Itali. Budaya Itali.. Ecehh.. Lagu lama. Kita flashback. Dengar lagu ni sambil naik bot dekat sungai Seine sambil menikmati keindahan kota Paris pada waktu malam. Hmm dalam mimpi je la. Tak salah berangan pun. Sebab berangan kan free free je.


Sunday, 2 February 2014

Laman sosial

Firstly, ehemm kali ni saya bahasakan diri saya 'saya' lah okay tak? hahahhaha

Hari itu aku ada jumpa kawan saya. Kawan la sangat.. Kitorang tanya khabar. And blah blah. Dia punya citer macam2. Ahaks. Then dia ada tanya aku. Aku ni takde twitter ke? Owh aku memang tak layan twitter. Sebab bagi akulah kalau aku layan twitter ni rase macam buang mase lulz.Ni pun takde twitter asyik menghadap phone memanjang kekadang tu.. Cube klu ada twitter? Kau bayangkanlah sendiri. 

Sekarang ni dunia terlampau maju. Manusia pun apa kurangnya kan. Facebook la, Whatsapp la, Twitter la, Wechat la, Instagram la, Apa lagi yang aku tak sebut? Yang aku sebut ni semua aku ada kecuali Twitter. Fuhh. Dan sebenarnya banyak lagi laman sosial lulz. Nak senarai semua tak larat den. Klu Facebook tu aku memang tak aktif. Cume aktif main candy crush je. Sekarang ni aku level tiga ratus lebih. Tu je la sebab aku layan fb. Whatsapp tu ada group so aku layan. WeChat tu kekadang je aktif. Instagram lagi la sekarang ni tak aktif. Hantar gambar kat Flickr klu rajin. So kesimpulannya aku ni takdelah sosial sangat lulz.

So gue tak kisah.

So tak kisah la aktif ke tak ke. Kita manusia. 

Sekarang ni tetibe tempek timun potong letak kat mata. Tapi sekarang ni bukan letak kat mata. Letak kat bawah mata. Hahhaha.. Pun boleh kan..Tak pernah buat. Yela aku tengok muka aku ni semacam je. Sebab hari tu gi pantai. Ramai kawan ngan makcik2 aku tegur kenapa muka gelap semacam lulz. 

Okay sorry la apa yang aku kata ni kekadang masuk akal kekadang tak. Aku memang suka membebel sorang2. Yelah buah hati takde lagi. Lulz. So kat sini je la aku membebel.

Aku lebih suka luahkan seorang diri. Bercakap dalam hati. Apa yang tak kena. Pastu buat kesimpulan kat otak. Dan berfikir2 dan terus bermonolog. Ni yang aku tulis ni pun apa yang aku sedang berkata2 dalam hati. Lulz. So adakah aku ni seorang yang pelik? Eh tak la bagi aku ramai lagi orang yang pelik.

Aku cuma sebutir pasir dari mereka yang pelik dan memelikkan. Lagi2 dalam dunia siber ni.