Friday, 14 February 2014

Sayangku Casper by Mazni Aznita

Hari ni nak review novel. Aku memang suka bace novel klu aku dah bosan sangat. Novel Sayangku Casper ni aku pinjam dari kawan aku. Hihi. Mekasih bagi pinjam yaw!! Terharu ni. Sebab hari tu kebetulan gi rumah dia. Kitorang nak jalan-jalan hari tu kat MP (Metro Point) dengan pekan Kajang ( Cehh ayat nak baku je, pekan sangat). Kihkih. Novel ni dia yang suggest. Mula aku nak pinjam novel apa tah dah lupa tajuk, penulisnya Tinta Biru rasanya. Tapi novel tu belum balut. Aku takut nak pinjam. Takut nanti aku pinjam hancur novel orang kan. So novel SC ni dah balut. Aku tanya mane lagi best. Dia kata SC ni pun best. Pastu berlatarkan Paris. Whoaa aku dah teruja. Kkk aku pinjam la novel ni.

SINOPSIS NOVEL


Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.




SAYANGKU CASPER


PENDAPAT AKU


Secara jujur aku cakap dari lubuk hati aku ni, novel ni memang best selepas Evelyn Rose. Jalan citernya sangat menarik berlatarkan tempat Paris. Menarik!!  Tia Adila ni seorang gadis yang tabah dan berani. Comel je Tia ni sebenarnya. Dia ni kaya tapi hidup macam orang gaji. Sebab dia duduk dengan mak tirinya. Mak dia dah meninggal lama (Macam Cinderella, Hihi). So, dia dah biasa menjalani kehidupan seperti seorang gadis biasa. Walaupun ayahnya seringkali ada mesyuarat di luar negara. Tia ni wataknya macam bersahaja. So, hadirlah seorang jejaka bernama Tengku Rafique yang sedang menjejaki cucu neneknya yang dah lama tidak bersua setelah berbelas-belas tahun. Tengku Rafique ni sanggup buat apa sahaja demi neneknya walaupun dia hanyalah nenek angkat. Hidup Tengku Rafique ni pun agak sedih tapi dia bahagia dengan hidupnya sehingga dia bertemu dengan Tia Adila.


Banyak lagi kisah misteri dalam citer ni yang kita tak tau tentang Tia dan Raf.


Bile aku bace novel ni. Aku macam terkejut. Tapi itulah realitinya bile aku bace novel. Macam diluar jangkaan apa yang akan berlaku selepas ni. Superb best la citer ni.


Kihkih aku ni terlebih citer pulak. Tapi ni bukan full la aku citer. Hanya suku je kot. So aku suggest beli novel ni kepada sesiapa yang teringin sangat nak baca novel tapi tak tau novel apa yang best. Macam aku la nak bace novel tapi tak tau novel apa yang best. Ni pun kawan aku yang suggest. Thenkiu my dear friend! Hihi.


Tia dengan Raf. Forever sweet. Walaupun citer novel. Tapi Tia dengan Raf ni seolah2 wujud dekat bumi ni. Aku dapat bayangkan. Lulz.


Aku bagi 4 out of 5 stars.


Syabas penulis, teruskan berkarya!!





Ni haa lagu italian. Ti amo Ti amo. Tu je la aku faham. Lagu ni tentang Itali. Budaya Itali.. Ecehh.. Lagu lama. Kita flashback. Dengar lagu ni sambil naik bot dekat sungai Seine sambil menikmati keindahan kota Paris pada waktu malam. Hmm dalam mimpi je la. Tak salah berangan pun. Sebab berangan kan free free je.


No comments:

Post a Comment