Wednesday, 11 December 2013

Esok, tunggu kami datang!

So what should i think just right now? I guess that i dont have any point of view. When infront of this keyboard my mind just blackout. But not so really macam PRU yang blackout.. Eh eh no politics here. Hahahah.. Acah2 je.

Esok selangor cuti. Aku tak pasti cuti apa. And tomorrow tarikh sangat cantik! Alhamdulillah diberi kesempatan untuk aku hidup lagi 111213. Cantikkan. Just perfect. Klu nak cantik lagi tambah la masa pulak. Contoh macam ni 0910111213. Oh yeh! atau 1112131415 iaitu pada two past fifteen. Perfect jugak. Tapi benda ni untuk suka2. Kehkeh..

Susah nak dapat tarikh cantik2 cemni. Waktu cemni kena menikmati. Tapi esok tarikh je cantik tapi hari biase je macam hari2 yang kita lalui. Esok nok outing ngan kengkawans. Kehh. Aktiviti tanpa menggunakan duit iaitu panjat bukit broga n mandi sungai. Wajib terharu dua aktiviti dalam satu hari.

Aku nak wish esok harap cuaca baik dan happy!
Awan mesti biru putih.
Rumput mesti hijau.
Tanah mesti senang untuk dipijak.
Batu mesti keras.
Nasi lemak mesti ada.
Sandwich mesti buat.
Syah mesti ada untuk drive.
Hajar, Umi, Syaida mesti ada.
Aku mesti ada.
Hee.
InsyaAllah, dengan izin Allah. Maka, Kunfayakun!

Thursday, 28 November 2013

After SPM, life is like lifeless?

Lepas habis spm ni, aku rasa maca lifeless je. Lepas ni tak pegi skola.. SPM hari tu boleh la dikatakan susah terutama fizik, addmath, kimia, bio. Semua subjek ni bukanlah sehati sejiwa dengan aku. Aku bukan  tak minat cuma macam, errr.. Macam tu la. Tak tau nak kata apa. Walaupun lebur sekali pun aku jawab masa tu. Aku pasrah dengan keputusan SPM aku. Jangan terkejut dulu PMR aku bagus.. Tapi SPM.. Tak tau lagi, so takleh nak citer.

So now, i miss my school, friends, ex-friends, dak dak asrama.. Whoa! Sekarang ni tunggu diorang balik je ni. Pastu nak kluar dengan diorang. Yeayyyy! Tak sabar gitu. Sekarang ni semua aktiviti yang takde paedah aku buat. Bhahhaha.. Biase la spm dah habis. Orang kata merdeka la sangat. Tapi hati aku ni sape je tau. Dah bergunung-gunung kesedihannya. Chill la beb. Life always like this. Because you always like this. So life is like this la. Not like that. Or I want to say whatever, but i care a lot. Lol.

So life after spm..
Sila senaraikan aktiviti yang nak buat!
Outing ngan kawan bukan bopren. Gua takde bopren sejak gua lahir lagi.
Bace novel!! Hahahaha. Pengaruh sekeliling tetibe jadi minat. Terutama Penulis Evelyn Rose, Rehan Makhtar.
Nak kerja? Macam takde keyakinan nak kerja. Tak tau nak kerja apa lol. Tapi kat econsave, Mak Wan ada offer kerja.. Hihi.. Tolong Mak Wan kat kedai jahit. Macam best je.
Lesen motor? Lagi la macam err malas je. Takde duit dehhh. Lesen kereta? -,-' Lagi laa. Aku macam malas nak bawa kereta. Tapi aku memang tabik la kawan-kawan yang berlesan lepas SPM. Hehe.
Selain tu aktiviti apa lagi best? Duk umah je kot.

Life to the fullest not lifeless.

Saturday, 16 November 2013

Hello blog

Memang ini jalan takdir ku. Aku harus akur dan terima. Itulah takdirnyaa.. Owhoooho

Jujurlah sayang aku apa adanya. Kerana ku terpaksa aku terima. Lalalala..

Memang sangat best lagu ini. Liriknya aku hentam saje. Kerana aku tak brape nak paham. Lalallaa

Jujurlah sayangg. Whoaa

*okay habis dah lagu jiwang ni*

Sekarang ni memang duk layan lagu jiwang tahap karat. Tak tau la kenapa ngan aku ni. Nak kata ada pakwe, memang takde la citernya. Nak kata perubahan hormon dalam badan, memang ya la kot citernya. Nak kata sepi sesepi alam kubur, whoa! Lagi takde  maknanya. Seram ada la. Lallala. Nak kata suka merapu, memang aku ni jenis macam ni. Nak kata aku ni takde social life. Mungkin half je kot or maybe so least. Im just happy whatever exist in my life. Just go with the flow. You is you. And I is I. You and I are different. Different level. But weolls are the same actually. Bhahhaha. Ayat nak belit je..

So today i just want to discuss about my thoughts. Okay dulu lain, sekarang lain. Dulu banyak idea nak tulis, nak merapu, nak berkata-kata. Sekarang ni kosong sekosong air dalam gelas. Dulu aku ada blog kat xanga. Selalu gak la tulis pasal hidup ni. Pembacanya aku je. Sebab xanga's blog mana nak femes uolls. Lol. Tapi blog kat  xanga tu tetibe hilang macam tu. Time aku nak log in je. Dia suruh upgrade xanga tu. Kena buat beberape process. Leceh la. Masalahnya aku tak reti nak upgrade. Terus tak bukak T_T. Sedihnya. Tapi nak buat camne kannn. Takpe la. Aku dah boikot xanga tu. Padahal dah lame tak bukak. Sebab takleh nak log in. Macam kena sekatan gitu. Padahal padahal, Ok la itu je citernya.

Marilah same-same kita mendengar lagu jiwang ni walaupun kite ni tak brape nak jiwang. Lalalla




Sunday, 27 October 2013

The Reactivity of alkali metal towards oxygen.

Okay first apa yang aku tahu tentang kumpulan 1 ni ialah semakin menuruni kumpulan 1, semakin reaktif dan semakin menyala dengan terang dan cepat. Istilah bahasa inggerisnya ialah vigorously iaitu dengan cepat. Like that. Hope ada yang faham. Kehh


Li       2.1
Na     2.8.1
K       2.8.8.1
Rb    
Cs
Fr

Senarai di atas ini ialah susunan kump 1 iaitu alkali metal. Klu boleh ingat susunan 3 yang pertama je eh.

K terletak lebih jauh dari nukleus. So, tarikan NUKLEUS menjadi lebih lemah dan elektron dapat dilepaskan dengan lebih senang berbanding dengan Na.


group 1 metals + oxygen --> metal oxide
observation: produces white fumes

4Li + O2   --> 2LiO       [Lithium burns slowly & produces white fumes.]
4Na + O2 --> 2Na 2 O    [Sodium burns vigorously & produces white fumes.]
4K + O2 --> 2K2 O        [Potassium burns more vigorously & produces white fumes]

So the conclusion is  metal which reacts more vigorously with oxygen is metal that is more reactive.

 
=> Klu dissolve in water

Metal oxude + Water  --> Metal Hydroxide

2Li2 O + H2O  --> 2Li OH
2Na2 O  + H2O  --> 2Na OH
2K2O + H2O  --> 2KOH

This product is a strong alkali/ strong base.


 p/s : InsyaAllah takde yang salah, ni rujuk buku rujukan dan internet. Klu ada salah silap sila tegur. Terima kasih.




Monday, 14 October 2013

Susu dan muesli


Iya kanak-kanak riang seperti aku.
Aku butuh susu untuk membesar dengan cepat.
Susu untuk tulang untuk gigi.
Yang paling penting untuk kita membesar.

Ya dong, aku suka bangat sama susu itu!!
Mama ku beli untuk aku sama yang lain.
Aku minum aja. Aku lebih suka susu tepung.
Bisa ku bancuh sendiri. Itu lebih baik, Makanyaa.. Hahaha

Makanya, jangan banyak ngomong. 
Terus tenang dan minum susu yaa..
Susu lembu keek, susu kambing keek, gua ngak kisah..

Stok susu di peti ais.



















Lagi satu minum susu ngan crunchy muesli. Memang sedap. Dah la crunchy. Macam cornflakes jugak tapi yang ni lagi sedap la. Muesli tu sejenis bijirin. So tak kisah la nak makan bile, time nak makan amik je la kan. Tapi yang ni yang ada halal. Klu pergi kat Jaya grocer, memang macam2 pilihan tapi susah nak cari yang halal klu jenis makanan camni. Tapi ada jugak la. Aku cakap pasal ni ya. Bukan pasal lain. So gogood memang sedap dan daebak!!!


Nyummy



Friday, 11 October 2013

Kenapa Google Malaysia kena hacked

First impression, mesti la aku terperanjat bile google Malaysia kena hacked.

Apa motif hacked google ni?

Susah aku nak search something.
Tak sangka kan kampeni besar2 pun bole dihacked, apatah lagi blog aku :p
Mudah je orang nak hacked.
Tapi aku ni mane femes. Hahahha..

sila klik pada gambar.

Okbai. Just nak beritahu berita semase. Hihi..

Tapi lawak bile kena hacked, macam tak sangka pun ade.


Lets shake the milo

minum milo shake, yehoo. Sekarang ni macam rajin nak blender air.

Letak milo campur sikit nestum, susu pekat manis, sikit gula dan ais 5,6 ketul.
Pastu blend la sampai sekata.

Guna blender yang no.3, yang macam besar sikit.
Bukan gune blender yang blend lada tu.
Nanti rase ladanya.. Hahahha

Kekadang aku buat rasa macam malt, berkrim.
Kadang2 rase macam manis sangat, terlebih susu pekat.
Aku lebih prefer rase bersusu, macam rase milo la. Lol

Pastu minum sambil menghadap komputer.
Perut pun rase kenyang je. Rase berat.
Padahal baru makan nasi. Hahaha..
Tu rase macam kenyang sangat.
Syukurlah.

Mari kita dengar nasyid moden dari The Harmony Band.
Salam Jumaat people.



May Allah bless all of us. Amin =)


Thursday, 10 October 2013

Semacam hari ni

Pagi tadi tangan kiri rasa lenguh-lenguh. First time aku rase lenguh kat tangan. Biasanya rasa lenguh kat kaki ye dokk. Sebab kaki kita guna untuk berlari bile time sukan. Memang sakit giler ahhh lenguh kat tangan. Sampai nak gerak pun tak boleh. Aku tak tau apa masalahnya. Bangun-bangun je rase sakit. Mungkin aku salah tido. Tido lasak sangat sampai urat terbelit. Hahaha. Agaknya orang tua lenguh-lenguh macam ni kan. Serius sakit.

Pastu pagi tadi dah la aku datang lewat. Pukul 7.28 pagi baru sampai skola. Tapi aku memang dah biase 7.20 camtu aku datang. Tapi hari ni lewat sikit. Tak tau knapa.Pastu tetibe je kena denda duduk tepi perhimpunan. Selalu cikgu tak kisah pun. Sebab ramai jugak la datang lewat. Lol. Termasuk aku. Sebab tetibe je aku nak masuk perhimpunan aku orang first kena tahan kat tepi perhimpunan. Pastu lepas aku kena tahan orang lain yang baru datang pun kena tahan. Klu aku berlari dari rumah, takdanya aku kena denda bagai kan. So, esok aku datang la awal sikit kan.

First waktu aku dah rase lenguh-lenguh pastu sakit kat tangan. Aku buat la urutan sikit kat lengan kiri aku. Tetibe rasa kurang lenguh. Then aku urut je lengan aku sampai rase tak sakit. Urut ni memang berkesan. Aku belasah je urut. Memang aku rase sakit time urut, sebab aku urut kuat-kuat. Biase memang camtu kan, mana ada orang urut tak rase, mesti rasa sakit pastu lame-lame tak la. Fuh, pastu rase lega dan happy je bile tak rase lenguh lagi. Kalau lenguh tangan kiri aku memang tangan kiri aku tak gerak langsung. Sebab gerak sikit dah rase sakit. Ni sekarang dah boleh gerak sikit. Alhamdulillah.

Pastu Humaira tak datang tadi, sedih tetibe rase sunyi gitu. Naseb ada Nad yang gojes lagi rock. Hehe.. Rehat same2 ngan dia tadi dgn Sila. Jyeahh.. God creates people for us to communicate and love each others. I have adorable friends. Thanks Allah give me good friends as a valuable gift for me. May Allah bless all of us.

And one thing, Whatever what we want to do. We must start with the caliph of Allah. Bismillah.
In the name of Allah, The most gracious and merciful.


Saturday, 5 October 2013

Pesan cikgu

Things happen so fast. Ya Rabb, I hope i can do well for spm. As i wish, i want to achieve good greds just like abewe punya total A. Kalau tak pun, janji dah usaha. He knows the best for His slaves. May Allah bless. Amin.

Work hard, pray hard.
Still counting the days.
Another 30 days to go.
Take a deep breathe.
May Allah bless all of us.

Cikgu  pernah kata.
"Orang yg berjaya tu bukan doktor bukan peguam, tapi orang yang tahu menguruskan masa dengan baik. dan menjadi orang yang berguna."

pastu cikgu chem kata cemni
"Nak jadi pandai, biar pandai betul2, jangan main2"

Tulah betul kata cikgu. Klu chem tinggal satu perkataan je dah tak dapat marks, stress betul. Sedih cemni.. *tetibe je*

Friday, 4 October 2013

Thoughts 01

Teacher,
why do you not prefer us to wear uniform school during our graduation day.
Uniform school is the best after baju kurung.
We are not a uni's student yet, teacher.
Thats why i prefer uniform school !!

We are still young and not uni's student.
Owh god, why its still happen.
So, i decide to wear baju kurung but its not baju raya :p
Malay girls will look so lovely when wear baju kurung.

Just like so-sopan-girl, Lol.

Ehem3. May Allah bless !

Thursday, 3 October 2013

32 hari je lagi.

Alhamdulillah, trial spm is okay je.
As a science student, aku takde failed,
Dan jugak ada A, as aku target.
Whoaa semangat nak spm, eceh..

Sekarang tengah buat trial sbp kimia.
dan salin tajuk ramalan spm kat internet ni.
Kehh, haruslah buat ramalan.
Nak study semua memang tak sempat.

Apa startegi aku untuk SPM kali ini?
Buat masa sekarang, kita kena buat seseuatu.
Masa makin singkat, hasil biarlah banyak dan berbaloi2 gitu.

First, study group with the sina's mates. Terutama yang ajar ala2 cikgu tu. I loike beb..
Second, buat ramalan tajuk apa yang bakal keluar.
Do SBP soalan, sebab yang buat soalan SBP tu penggubal soalan SPM, tak gitu..
Dan mesti buat banyak latihan dan baca tajuk yang tak paham.. 
Sebelum blaja, baca doa. Moga Tuhan buka pintu hati kita untuk terima ilmuNya buat kita.
Niat biar ikhlas. Usaha biar ikhlas. Biar semangat. Kelak insyaAllah berjaya.
Sekurang2nya kita dah usaha. Dan kita tak akan menyesal apa yang telah kita buat untuk diri kita.

Sekian.

Work hard and pray hard!!

Adios, kawe ada date dengan budak2 study group. Wish me luck. Thank you for the advance doa! ihik.


Friday, 6 September 2013

Perempuan

Aku suka perempuan berjiwa kental. Perempuan ni sifat dia lain dari lelaki tau! Klu perempuan banyak cakap, lelaki tak. Perempuan cakap 10 patah perkataan. Lelaki cakap 2 perkataan je.

See. Berbezakan.

Kalau aku cakap 5 patah perkataan je. So, aku terdiri dari golongan yang sederhana. Golongan yang sederhana ni ramai. Tapi sifat perempuan memang macam ni, banyak cakap. Sebab tu perempuan suka bergosip dengan mak Joyah. Lol.

Lelaki tak, dia lain.. Hehehe.. Perempuan ni speacial tau..!

Sebab tu aku diciptakan sebagai seorang perempuan. Syukurlah..

Thursday, 5 September 2013

Failed macam mana tu

Tamatnya exam addmath
aku mengeluh susah
Masing-masing muka ketat termasuk aku
Memang nak menangis jawab addmath tadi

Balik rumah menangis
Apa lah susah sangat
Nak kata tak study balik
Tu memang la aku punya salah
Mana pernah study habis klu pernah pun aku lupa

Tapi sedihhhh
Sedih sebab susah ke atau sedih sebab tak blaja betul-betul
Itulah puncanya susah
Sebab tu kau susah nak maju
Even kawan kau pun satu hari nanti akan maju
Dan aku bila lagi?

Aku tak nak failed

Definasi failed tu sebab apa. Adakah aku perlu mengadap buku 24jam baru aku tak kan failed? Ya mungkin kena buat macam tu. Klu tak nak failed. Dan kau kena ingat Dia. Dia yang satu. Solat jaga. Hubungan dengan Dia itu penting. Mungkin aku ni kurang hubungan dengan Dia. Semakin hari hanyut dengan dunia ini.

Bukan kurang apa, cuma extra itu memang kosong. Banyak dosa.
Itulah susah nak maju.
Mungkin sekali.

Takdir boleh ubah kalau kita usaha.
dan atas izin-Nya.




update: ingat addmath nak failed, tapi naseb baik lulus, Lol. 

                        1022021013




walaupun rebah usaha lagi

Aku tak tahu apa nak jadi kat dunia ni..
Aku keliru
Ya sentiasa

Aku takut untuk kegagalan
Tapi aku dah biasa gagal
rebah itu selalu ada

Kita rebah
bangkit semula
walaupun gagal itu pasti muncul

......................................................................


Tapi setakat mana aku usaha
Tak usah bicara pasal kejayaan
Kalau usaha sekadar main-main



Thursday, 15 August 2013

Via Android: Surau best!

# Post ni tulis mase penghujung ramadhan aka puasa, skarang ni raya pun dah berlalu. Baru nak post, ahak! :p

Hai..Salam.. First time aku dapat update blogger kat Henpon.. Baru aku tau kat market Android boleh install blogger..mihmih.. Alahai aku guna henpon samsung galaxy yg model biase2 je.. Sekadar boleh message, whatsapp, snap gambar.  Dah memadai..Nak lebih tak baguih budak2 umur cam aku ni.. So, aku boleh share any thoughts, experience, ideas even something-have-to-do. Di mana2 sahaja as long ada wifi yang connect.. ecehh.

Aku baru abis terawikh kat surau KP. Surau baru.. bestt wohh.. Ni taun pertama tau.. Aku baru dapat merasai solat tarawikh kat taman ni.. Yela aku baru pindah.. Surau pun baru siap..Baru nak masuk 3 tahun aku duk taman ni. Alhamdulillah dapat merasai. Surau ni ada air cond, so memang sejuk la. Imam surau yang buat solat terawikh ni muda lagi. Baru umur 20-an, dia bace surah yang panjang2. Hehe.. Seronok pulak. Hari ni aku gi ngan kawan aku, tumpang kereta ayah dia. Tapi biasanya kitorang jalan kaki je. Nak dekat2 azan tu baru kitorang muncul kat surau. Biase la perempuan siap lambat, buat tu la buat ni la..

Klu time moreh, setiap hari mesti ada satu lorong rumah bawa makanan. Macam2 makanan ada pada setiap hari. Hehe.. Sedap2 pulak tu. Kadang2 makan sate, pulut kuning, Nasi beriyani, Nasi lemak bungkus, Kfc, bubur lambuk. Macam2 la ada. Tapi klu skarang ni dah nak dekat akhir2 ramadhan. Semua lorong rumah dah pernah bawa makanan.. So macqm bebas la sape2 yang rajin nak sumbangkan makanan..

Banyak benefit bila kita pergi tarawikh ni. Bile sekali pergi surau, mesti terasa nak pergi lagi. Macam surau tu panggil2 kita. Balik dari surau bole terus tido ataupun buat keja lain. Klu perempuan kul 10.15 mlm camtu dah balik. Klu lelaki lain ceritanya. mihmih..
.
Selamat menyambut hari2 ramadhan yang terakhir.

Walaupun mood raya tu dah memanggil tetapi ramadhan semakin nak sampai ke penghujungnya. Ai iz so sad gitu.. Nanti orang puang susah nak gi surau lagi..

Wednesday, 14 August 2013

Masalah ini sekecil zarah, tapi sukar untuk pilih.

Aku dalam delima. Aku tak tau apa yang terjadi pada diriku ini. Adilkah aku untuk membuat pilihan yang paling maksimum. Yang terbaik buat diri ini. Adilkah? Aku sentiasa keliru apa yang aku nak dalam hidup ini. Dalam bidang manakah? Bagi aku semua bidang adalah terbaik. Yang penting kena rajin blaja. Itu je. Doa itu juga penting. Arghh, tak habis2 dengan keliru ku ini. Memang tak dinafikan yang aku ini bukan jenis yang menghadap-buku-24jam. Eh, sape je menghadap-buku-24jam? Tak mungkin wujud di dunia ini. kihkih.

Aku rasa aku macam nak tukar alirans sains ke perakaunan masa kat matrikulasi. Tapi, sekarang aku kena memikirkan spm yang bakal ku hadapi tidak lama lagi. 3 bulan je. Study smart and hard, please Liyana. Jangan main-main lagi boleh tak? T_T Tapi pasal permohonan matrikulasi tu aku takut la nak mohon perakaunan. Sampai sekarang aku tak mohon lagi T_T Which is better aliran sains atau perakaunan? huh, i will decide later. Before trial, maybe. InsyaAllah

Keyakinan itu kadang sukar itu ku kecapi. Tapi tidakkah kau tahu bahawa Tuhan itu sentiasa ada untuk membantu mu? Dia maha penyayang lagi maha mengetahui. Tika, otakku agak serabut memikirkan apa yang bakal ku hadapi. Dia sentiasa ada mengurangkan derita ku. Aku melihat alam. Yang menghijau. Terbentang luas. Langit biru. Owh, betapa indahnya ciptaan Tuhan. Itulah kasihNya kepada kita. Diberi mata untuk melihat. Subhanallah.

Sunday, 28 July 2013

13 JAM A380

Assalamualaikum,

Hari nak review pasal seorang penulis novel yang meletops aka seorang blogger yang penuh saspens gitu. Aku suka sangat bace blog dia. Orangnya ialah Evelyn Rose atau nama sebenarnya tidak diketahui, aku panggil Kak Eve. Kadang-kadang tu aku rajin sangat bace blog dia bile dia update dan jugak di FB. Dan aku jugak yang tukang komen klu ada benda nak dikatakan.. Dah macam hard-die fans dahh ngan Kak Eve ni... wakaka..

Dia sorang je aku minat, sebab novelist lain aku tak pernah minat dan mengikuti perkembangan diorang.. Aku jugak kenal novelist Hlovate tapi dah jarang2 skarang ni.. hee.. Tapi novelist Evelyn Rose ni aku slalu sangat bace update dari dia.. Sebab aku suka.. Aku kenal dia ni dari novel pertama dia, sejak tu aku terus bukak dia punya blog walaupun novel pertama aku tak beli sebab macam takde kesempatan je.. T_T.. Novel pertama dia aku bace separuh bab je kat internet dia.. Nanti satu hari aku akan bacelahh klu dipanjangkan umur..

Novel kedua dia bertajuk 13 JAM A380, yayyyyyyy!! tak sabar nak beli, kluar novel ni bulan 8 sebelum raya.. Bajet dapat pegi bookstore je kan.. kahkah.. Biar la, di mana ada kemahuan di situ ada highway.. Citer dia pasal Hana, Haydar, Fawwaz, Fido dan satu lagi budak kecik tu namanya apetahh dah lupa.. Klu bace novel dia ni, dapat banyak ilmu dalam tu,, so memang tak sia2 hidup aku ni klu bace novel A380 ni.. kikih..

To Evelyn Rose, Congrats for your second novel. Nanti buat lagi novel banyak2 dan tak lupa jugak update lah blog selalu .. sekiann..

Thursday, 18 July 2013

Intro plezz

Assalamualaikum..

Aku baru bace blog kak Eve. Dia ni seorang penulis yang bagi aku macam gempak gak la.. Berbanding aku jauh api dari air tau! Tak sabar nak beli novel terbaru dia yang merupakan novel kedua dia yang akan keluar lepas raya!! yey sila sorakk ramai2... tapi novel pertama dia aku tak beli pun T_T Aku nak beli tapi hmm... Aku kenal kak  Eve sejak dia terbit novel pertama lagi.. Tapi bile dengar citer dia nak kluarkan novel lagi.. Tu semangat giler sampai buat blog ni... hahaha

Btw, tahun ni aku nak spm, kenapa aku masih bole rileks lagi? 

Sebenarnya aku tengah seram sejuk ni.. mengingatkan exam spm yang bakal tiba..

Ok lahh..

salam ramadhan semua!

xoxo