Thursday, 15 August 2013

Via Android: Surau best!

# Post ni tulis mase penghujung ramadhan aka puasa, skarang ni raya pun dah berlalu. Baru nak post, ahak! :p

Hai..Salam.. First time aku dapat update blogger kat Henpon.. Baru aku tau kat market Android boleh install blogger..mihmih.. Alahai aku guna henpon samsung galaxy yg model biase2 je.. Sekadar boleh message, whatsapp, snap gambar.  Dah memadai..Nak lebih tak baguih budak2 umur cam aku ni.. So, aku boleh share any thoughts, experience, ideas even something-have-to-do. Di mana2 sahaja as long ada wifi yang connect.. ecehh.

Aku baru abis terawikh kat surau KP. Surau baru.. bestt wohh.. Ni taun pertama tau.. Aku baru dapat merasai solat tarawikh kat taman ni.. Yela aku baru pindah.. Surau pun baru siap..Baru nak masuk 3 tahun aku duk taman ni. Alhamdulillah dapat merasai. Surau ni ada air cond, so memang sejuk la. Imam surau yang buat solat terawikh ni muda lagi. Baru umur 20-an, dia bace surah yang panjang2. Hehe.. Seronok pulak. Hari ni aku gi ngan kawan aku, tumpang kereta ayah dia. Tapi biasanya kitorang jalan kaki je. Nak dekat2 azan tu baru kitorang muncul kat surau. Biase la perempuan siap lambat, buat tu la buat ni la..

Klu time moreh, setiap hari mesti ada satu lorong rumah bawa makanan. Macam2 makanan ada pada setiap hari. Hehe.. Sedap2 pulak tu. Kadang2 makan sate, pulut kuning, Nasi beriyani, Nasi lemak bungkus, Kfc, bubur lambuk. Macam2 la ada. Tapi klu skarang ni dah nak dekat akhir2 ramadhan. Semua lorong rumah dah pernah bawa makanan.. So macqm bebas la sape2 yang rajin nak sumbangkan makanan..

Banyak benefit bila kita pergi tarawikh ni. Bile sekali pergi surau, mesti terasa nak pergi lagi. Macam surau tu panggil2 kita. Balik dari surau bole terus tido ataupun buat keja lain. Klu perempuan kul 10.15 mlm camtu dah balik. Klu lelaki lain ceritanya. mihmih..
.
Selamat menyambut hari2 ramadhan yang terakhir.

Walaupun mood raya tu dah memanggil tetapi ramadhan semakin nak sampai ke penghujungnya. Ai iz so sad gitu.. Nanti orang puang susah nak gi surau lagi..

No comments:

Post a Comment