Wednesday, 14 August 2013

Masalah ini sekecil zarah, tapi sukar untuk pilih.

Aku dalam delima. Aku tak tau apa yang terjadi pada diriku ini. Adilkah aku untuk membuat pilihan yang paling maksimum. Yang terbaik buat diri ini. Adilkah? Aku sentiasa keliru apa yang aku nak dalam hidup ini. Dalam bidang manakah? Bagi aku semua bidang adalah terbaik. Yang penting kena rajin blaja. Itu je. Doa itu juga penting. Arghh, tak habis2 dengan keliru ku ini. Memang tak dinafikan yang aku ini bukan jenis yang menghadap-buku-24jam. Eh, sape je menghadap-buku-24jam? Tak mungkin wujud di dunia ini. kihkih.

Aku rasa aku macam nak tukar alirans sains ke perakaunan masa kat matrikulasi. Tapi, sekarang aku kena memikirkan spm yang bakal ku hadapi tidak lama lagi. 3 bulan je. Study smart and hard, please Liyana. Jangan main-main lagi boleh tak? T_T Tapi pasal permohonan matrikulasi tu aku takut la nak mohon perakaunan. Sampai sekarang aku tak mohon lagi T_T Which is better aliran sains atau perakaunan? huh, i will decide later. Before trial, maybe. InsyaAllah

Keyakinan itu kadang sukar itu ku kecapi. Tapi tidakkah kau tahu bahawa Tuhan itu sentiasa ada untuk membantu mu? Dia maha penyayang lagi maha mengetahui. Tika, otakku agak serabut memikirkan apa yang bakal ku hadapi. Dia sentiasa ada mengurangkan derita ku. Aku melihat alam. Yang menghijau. Terbentang luas. Langit biru. Owh, betapa indahnya ciptaan Tuhan. Itulah kasihNya kepada kita. Diberi mata untuk melihat. Subhanallah.

No comments:

Post a Comment